Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Asal bermula dengan hutan belantara dihujung Bandar Port Dickson didatangi oleh beberapa peneroka berasal dari tanah seberang Indonesia, Jawa Tengah Daerah Pachitan dan mereka ini telah berkampung di Kampung Arab dan berminat untuk membuka dan bercita – cita untuk dijadikan perkampungan di sekitar tahun 1908. Terdapat 8 orang anak muda yang bertanggungjawab meneroka kawasan tersebut, diantara 8 orang ini 4 orang yang dapat dikenal pasti nama-namanya dan mereka adalah :
1. Haji Salam Bin Abdullah
2. Sakimin Bin Johari
3. Sapari Bin Johari
4. Tayib Bin Marijo

Dan pada tahun 2008 ini peneroka asal yang masih ada keturunannya dan menetap di kampung ini adalah keluarga Haji Salam Abdullah, Tayib Marijo, Sairi, Mursidi, Isa Misngadi dan kini adalah keturunan generasi keempat.

Dengan alamnya yang semula jadi ciptaan Allah dan kita sebagai makhluknya menerima apa sahaja yang telah ditetapkan. Keadaan bentuk geografi kampung ini dibawah paras laut dan terdapat seluas 80% permukaan tanahnya adalah berpaya, maka dengan itulah wujudnya nama KAMPUNG PAYA.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PERTANDINGAN KAD RAYA GRAFIK

Aktiviti Terkini | 20 Mei - 30 Jun 2017

Pertandingan Kad Raya Digital bermaksud peserta perlu menghantar kad raya menggunakan sebarang aplikasi penyuntingan yang ada, tetapi hendaklah menggunakan format JPEG dan dihantar ke page Facebook PI1M Kg.Paya. Ini bertujuan untuk merapatkan hubungan PI1M dengan komuniti luar dan memperluaskan mengenai kewujudan PI1M di Kg.Paya. Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi yang digunakan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar....baca selanjutnya

GOTONG ROYONG PERDANA & CEGAH DENGGI

Aktiviti Terkini | 22 April 2017

Program ini adalah satu usaha yang dibina bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar serta kesihatan diiri, serta hebahan ilmu bersama penduduk kg paya bersama dengan Jkkk kg paya, kospen kg paya, krt kg paya, pi1m kg paya,Ngo port dickson. Program ini merupakan peorgam pertama yang disertai PI1M kg Paya bersama semua jawatankuasa sekitar Kg Paya....baca selanjutnya

KDB VS FROG VLE

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2017

Selaras dengan dasar kerajaan membudayakan penggunaan laman pembelajaran Frog VLE dalam kalangan murid maka adalah diharapkan program ini dapat membantu murid-murid yang tiada talian internet di rumah dapat log in dan menyiapkan tugasan yang guru-guru kongsikan menerusi Pusat Internet 1Malaysia sebagai pusat sehenti mereka mendapatkan khidmat talian internet. Diharapkan program yang terancang dapat dimanfaatkan oleh murid-murid yang tinggal berdekatan/sekitar PI1M ini....baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG-ROYONG

Aktiviti Terkini | 26 Feb 2017

Program gotong-royong ini akan diadakan adalah bagi memastikan persekitaran PI1M Kg. Paya sentiasa bersih. Selain itu program ini dijalankan bagi mengekalkan suasana yang selesa dan kondusif serta memberi keselesaan kepada para pengguna...baca selanjutnya

PERTANDINGAN PERMAINAN ATAS TALIAN “DIGITAL DIALECT - CHINESE”

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2017

Pertandingan ini bertujuan untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina akan datang, disamping memberikan perkataan baru di dalam Bahasa Mandarin, serta memberikan pendedahan kepada Education Game berbanding game permainan biasa dan juga memberikan pendekatan penggunaan shortcut di komputer. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 1...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti