Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal bermula dengan hutan belantara dihujung Bandar Port Dickson didatangi oleh beberapa peneroka berasal dari tanah seberang Indonesia, Jawa Tengah Daerah Pachitan dan mereka ini telah berkampung di Kampung Arab dan berminat untuk membuka dan bercita – cita untuk dijadikan perkampungan di sekitar tahun 1908. Terdapat 8 orang anak muda yang bertanggungjawab meneroka kawasan tersebut, diantara 8 orang ini 4 orang yang dapat dikenal pasti nama-namanya dan mereka adalah :
1. Haji Salam Bin Abdullah
2. Sakimin Bin Johari
3. Sapari Bin Johari
4. Tayib Bin Marijo

Dan pada tahun 2008 ini peneroka asal yang masih ada keturunannya dan menetap di kampung ini adalah keluarga Haji Salam Abdullah, Tayib Marijo, Sairi, Mursidi, Isa Misngadi dan kini adalah keturunan generasi keempat.

Dengan alamnya yang semula jadi ciptaan Allah dan kita sebagai makhluknya menerima apa sahaja yang telah ditetapkan. Keadaan bentuk geografi kampung ini dibawah paras laut dan terdapat seluas 80% permukaan tanahnya adalah berpaya, maka dengan itulah wujudnya nama KAMPUNG PAYA.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Jom Sertai Digi Academy: Digital Literacy Programme

Berita Terkini | Ogos - November 2018


Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet yang terpilih.

PERTANDINGAN KHAT KHUFI

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Satu aktiviti santai bersama ahli pusat internet untuk menzahirkan kreativiti mereka sempena bulan raya.Selain itu, turut menunjukkan kelebihan Microsoft excel dari sudut lain....baca selanjutnya

TIPS KE UNIVERSITI & SLOT KDB

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018

Pihak Kolej Vision Kuala Lumpur mengadakan sesi temuduga jika ada pelajar yang ingin ke kolej tersebut. Di kesempatan ini, Pusat Internet Kg Paya turut bekerjasama dan mengambil 2 sesi iaitu sesi penerangan langkah pertama untuk ke alam kolej/universiti & slot KDB (Bahaya Terlebih Kongsi)....baca selanjutnya

PROGRAM BINA KERJAYA

Aktiviti Terkini | 01 April 2018

Program anjuran Majlia Belia Daerah Port Dickson & Pusat Internet 1Malaysia Kluster Port Dickson. Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia meterialistik sering menjadi idaman dan perhatian semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan , para belia sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran menulis resume dan etika hadir ke temuduga. Sehubungan dengan itu, Majlis Belia Daerah Port Dickson mencadangkan untuk mengadakan Program ‘One Step Forward’....baca selanjutnya

E-PENDAFTARAN KEMASUKAN DARJAH 1 2019

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Aktiviti ini memberikan tunjuk ajar kepada kaum ibu bapa yang tidak begitu mahir untuk mengisi permohonan darjah satu. Ini mendorong kepada penambahbaikan ibu bapa yang celik IT....baca selanjutnya

JELAJAH SEBENARNYA.MY PORT DICKSON

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Siri Jelajah Sebenarnya.my adalah anjuran bersama SKMM, Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson dengan dibantu oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta. Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain....baca selanjutnya

PENJADUALAN KELAS 2018

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Program ini bertujuan untuk berbincang mengenai kelas ICT khas untuk adik-adik kg paya untuk memudahkan kedua-dua pihak, selain turut menyediakan pertandingan membuat jadual paling menarik, slot pengenalan computer dan slot Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti